kelEbihan penggunaan ict dalam pengajaran dan pembelajaran
RUJUKAN:
MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN
ROZINAH JAMALUDIN
UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTOS SDN BHD
APLIKASI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN
ISMAIL ZAIN
NEW AGE INTERNATIONAL PUBLISHER
Kesan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ...
suhairi87.wordpress.com/
PENGENALAN :
Adalah perlu untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderungan Murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin, 2005).
Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.
Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap Murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka (Abd. Rahman, 1992). Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, sifatnya adalah lebih terbatas dan lebih khusus kerana ianya bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran murid.
CARA MNGGUNAKAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari 2 aspek; aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (pelajar gunakan ICT).
Dalam konteks pembelajaran penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategori sebagai:·
i. ICT Sebagai Alat Tutorial·
ii.ICT Sebagai Alat Penerokaan (eksploratori)·
iii. ICT Sebagai Alat Aplikasi · ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.
Kelebihan Menggunakan Pendekatan ICT Tutorial ini.
· Penggunaan ICT dapat mengindividukan pembelajaran · Penggunaan ICT membolehkan murid belajar berdasarkan kemampuan mereka sendiri.· Penggunaan ICT meningkatkan motivasi pelajar.· Pelajar boleh belajar tanpa pengawasan atau dengan pengawasan guru yang minimum.
Kelebihan Menggunakan ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
Mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
Memberi peluang kepada guru melaksanakan pendekatan moden dalam pendidikan seperti pemulihan, pelbagai kecerdasan dan lain-lain.
Kelebihan ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi
Membolehkan pembelajaran kolaboratif dilaksanakan.
Meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global.
Boleh melibatkan pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pembelajaran.
ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P dalam kelas.
KESIMPULAN
Adalah menjadi tanggunjawab institusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang. Oleh yang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka dariapda menuntut ilmu.