Friday 19 December 2014

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web 

oleh  :Rahimi Bin Md. Saad
          Zawawi Bin Ismail
          Universiti Malaya
          Wan Nordin Bin Wan Abdullah
          Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Pendahualan:

Penguasaan bahasa Arab merupakan asas pemahaman dan penghayatan al-Quran. Ini amat
penting kerana penghayatan al-Quran salah satu cara untuk memartabatkan diri seseorang dan
umahnya. Selain itu, penguasaan bahasa Arab juga dapat meningkatkan pencapaian dalam
pendidikan agama Islam khususnya dalam bahagian tilawah al-Quran. Oleh itu adalah
menjadi tanggungjawab institusi pendidikan untuk memberi didikan kepada pelajar-pelajar
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sejajar dengan matlamat
Falsafah Pendidikan Negara.

Teori Pembelajaran Melalui Laman Web :

Pembelajaran melalui laman web ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali sebagai
E-Pembelajaran. Ia merupakan kombinasi di antara elemen pendidikan dan teknologi
elektronik. Kaedah ini membolehkan individu mengikuti sesi pembelajaran secara lebih
terbuka dan bebas berdasarkan keinginan dan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti jadual

atau menghadiri kelas yang ditetapkan.

Antara teori yang mendasari pembelajaran melalui laman web ialah teori Dick dan Carey
(Rapidah 2002). Mengikut teori ini proses pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek
terus kepada objektif, diikuti oleh struktur pelajaran, penaksiran dan kemudian maklum balas
penilaian. Kesemua perancangan pengajaran ini membolehkan proses pengajaran menjadi
lebih efektif dan sesuai dengan objek pendidikan terkini. Teori ini berasaskan pendekatan 3
sistematik yang melibatkan pembinaan strategi pengajaran serta membina dan memilih bahan

pengajaran yang bersesuaian.

Kajian menunjukkan bahawa sesi tutorial secara online mampu memperkayakan teknik
pengajaran. Para pelajar yang pendiam didapati telah memanfaatkan sepenuhnya peluang ini
untuk memberi jawapan dan mengutarakan pendapat mereka dengan lebih selesa. Di dalam
kelas biasa, pelajar-pelajar tersebut khuatir hujah mereka tidak boleh diterima atau jawapan
yang diberikan salah. Di belakang komputer, segala ketakutan akan hilang dengan sendirinya.
Kelas online boleh dianggap sebagai penyelamat bagi sesetengah pelajar. Ia seperti aktiviti 5
sembang (chatting) di mana kita bersifat lebih relaks dan terbuka untuk meluahkan perasaan
kerana pihak lain tidak mengetahui siapa kita sebenarnya. (Feiziah, 2004)

Melalui pembelajaran cara moden ini pelajar tidak lagi bergantung kepada guru sepenuhnya
untuk memantapkan diri mereka menguasai bahasa ini. Pelajar-pelajar juga boleh
menterjemah perkataan yang tidak difahami melalui mesin penterjemah secara langsung yang
disediakan dalam laman web berkaitan. Laman web ajeeb.com umpamanya, menyediakan
perkhidmatan menterjemah teks, walaupun penterjemahan itu terbatas untuk bahasa Inggeris
dan bahasa Arab sahaja.

Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih 
baik :

Pembelajaran bahasa Arab yang dianggap susah oleh kebanyakan pelajar Malaysia
merupakan cabaran yang perlu ditangani dengan sewajarnya oleh sarjana bidang ini. Ada di
kalangan masyarakat Islam Malaysia mengatakan bahasa Arab adalah susah walaupun belum
pernah mempelajarinya. Kesukarannya memang diakui kerana komplikasi sistem
tatabahasanya (qawa’id) yang dipenuhi dengan kesukaran dan kekeliruan untuk memahami,

mengingati dan menggunakannya dalam pembentukan ayat. (Norhayati, 1998)

Penggunaan laman web dalam pengajaran bahasa Arab memungkinkan penyampaian konsep
yang abstrak secara lebih baik. Sekaligus dapat menyelesaikan permasalahan dalam
penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar yang sememangnya rata-rata kurang motivasi
dalam pembelajaran bahasa ini. Prof. Madya Dr. Kamariah Abu Bakar (et. al) dalam kajian
yang dijalankan ke atas 18 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan 168 buah
Sekolah Menengah Kebangsaan, yang antara lain kajiannya mendapati permasalahan
berkaitan bahasa Arab di sekolah-sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian.
Antaranya ialah permasalahan berkaitan pelajar yang kurang bermotivasi, kurang minat
belajar dan kurang berkomunikasi dalam bahasa Arab (Norhayati, 1998). Masalah ini timbul
antaranya disebabkan unsur-unsur abstrak yang terdapat dalam bahasa Arab yang susah
difahami oleh pelajar Melayu kerana unsur itu tidak terdapat dalam bahasa mereka

Laman Web Untuk Pengajaran :

Ada di antara laman-laman web ini yang menyediakan perkhidmatan pengajaran bahasa Arab
secara percuma di samping laman web yang mengenakan bayaran tertentu.. Laman web bagi

perisian pengajaran bahasa Arab secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada berikut:

i. Pembelajaran bahasa Arab melalui pengantar bahasa Arab
 
    a. schoolarabia.net
    b. kids.al-islam.com
    c. afl.ajeeb.com
    d. mabarrat.org
    e. weaam1.netfirms

ii. Pembelajaran bahasa Arab melalui pengantar bahasa Inggeris

    a. Arabic2000.com
    b. languageguide.net
    c. ukindia.com
    d. funwitharabic.com
    e. ccat.sas.upen.edu

iii. Pembelajaran bahasa Arab melalui pengantar bahasa Melayu.

    a. aldakwah.org
    b. arabacademy.com

 Masalah Dan Cabaran :

Setiap ahli akademik wajib mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan sekaligus
memperluaskan pengalaman supaya mampu memberikan lebih dari yang sepatutnya kepada
pelajar-pelajar mereka. Pelajar hari ini juga tidak mudah berpuas hati hanya dengan apa yang
mereka dapati di dalam kelas. Perasaan ingin tahu mereka tinggi. Mereka mengharapkan
jawapan kepada setiap persoalan dan kemusykilan mereka ada pada pensyarah yang
berkenaan. Oleh itu, para guru yang terlibat dalam pengajaran bahasa Arab khususnya perlu
berusaha mengmbangkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut agar ia
menjadi bahasa yang seronok dipelajari.

Kesimpulan :

Secara umumnya, implementasi konsep E-Pembelajaran di Malaysia masih berada pada tahap
awal. Menjayakannya adalah suatu cabaran, dan kita semua perlu memainkan peranan
penting dalam menentukan kejayaan konsep ini pada masa hadapan. Dalam konteks bahasa
Arab, konsep ini masih begitu baru dan mempunyai banyak kekurangan yang perlu
diperbaiki. Kerana itu persediaan perlu dilakukan bukan sahaja di kalangan pelbagai lapisan 13
masyarakat di negara ini tetapi yang lebih penting perlu melahirkan pakar di bidang itu bagi
memenuhi keperluan berkenaan.
 


No comments:

Post a Comment