Wednesday 11 March 2015

perisian aplikasi yang unik ( Bukan perisian Microsoft mahupun Produk Windows) yang boleh digunakan untuk pembelajaran

Perisian aplikasi yang unik ( Bukan perisian Microsoft mahupun Produk Windows) yang boleh digunakan untuk pembelajaran.

  


          Multimedia secara amnya merujuk kepada gabungan pelbagai media seperti teks, 
grafik,audio, video dan animasi bagi menghasilkan satu persembahan maklumat yang lebih 
menarik, interaktif serta berkesan melalui penggunaan teknologi komputer.Setiap elemen tersebut akan memberi kesan yang besar dalam suatu proses komunikasi atau penyaluran maklumat.

          Multimedia bermaksud integrasi elemen teks, audio, grafik, animasi dan video yang menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta dan berkomunikasi agar proses pembelajaran menjadi lebih berkesan .Roberston (1991) telah menjalankan kajian tentang animasi dan mendapati animasi mampu meningkatkan kepuasan pengguna terhadap pembelajaran.Ini membuktikan aplikasi animasi sangat membantu pelajar mempercepatkan pembelajaran mereka yang hanya berdasarkan teks semata-mata. Menurut Benjamin (1998), animasi meningkatkan kebolehan pengguna untuk mengkonstruk pengetahuan mereka.

KELEBIHANNYA KEPADA P&P


  1. kebaikan yang 
  2. bermakna dalam penggunaan multimedia untuk pembelajaran termasuklah persembahan 
  3. maklumat pelbagai gaya pembelajaran. Persembahan maklumat biasanya mengintergrasikan 
  4. elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, auido dan video. Persembahan maklumat ini 
  5. dapat dilihat  serta menarik dengan satu persembahan secara berbunyi yang menambahkan 
  6. minat, meningkatkan daya peringatan dan memperbaiki kadar kejayaan
  7. pembelajaran dengan kelajuan sendiri dan pelajar dapat menguasai setiap peringkat, selain dapat menambahkan capaian kepada pendidikan dalam subjek tertentu walaupun kekurangan tenaga pengajar dalam matapelajaran tertentu.
  8. penambahan kawalan dan kebebasan adalah diperkenalkan ke atas proses pembelajaran. Ini adalah interaktiviti yang disediakan di dalam elemen multimedia yang membolehkan pelajar mengawal pembelajaran mereka sendirI.
PROSES



Saturday 28 February 2015

HURAIAN yang dimaksudkan dengan CREATIVE COMMON LICENSE

41608_11652195153_5071_n.jpg
Creative Commons menawarkan kepada orang ramai satu set lesen hak cipta secara percuma dan lesen-lesen ini akan membantu pencipta atau pemegang lesen memberitahu dunia apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan berkaitan kerja mereka yang telah dihakciptakan.

Ia terutamanya bagi kerja-kerja yang dipamerkan di Internet dan ia boleh dalam sebarang bentuk seperti rakaman video, rakaman audiovisual, rakaman muzik, imej, video, teks atau rekaan 

interaktif.

Pilihan lesen berbeza yang disediakan adalah kepunyaan, bukan komersil, bukan kerja derivatif dan samasama berkongsi.
Kepunyaan membenarkan orang lain menyalin, mengedar, berkomunikasi, mempersembahkan kepada orang ramai hasil kerja kreatif hanya sekiranya mereka mengkreditkan pencipta atau pemegang lesen, manakala bukan komersil bermakna kerjakerja hanya bagi tujuan bukan komersil.
Bukan kerja derivatif bermakna pencipta atau pemegang lesen membenarkan orang lain menyalin, mengedar, berkomunikasi, mempersembahkan kepada orang lain hanya salinan verbatim (kata demi kata) kerja tersebut.




Berikut merupakan empat syarat utama yang boleh dipilih dalam lesen yang akan digunakan:
SyaratHuraian
PengiktirafanAnda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan anda karya tersebut).
Perkongsian SerupaJika anda mengubah, menukar atau membina atas karya ini, anda boleh mengedar hasilan karya itu hanya dibawah lesen yang sama, serupa atau sepadan
Bukan Karya TerbitanAnda tidak dibenarkan menganti, mengubah bentuk ataupun membina atas karya tersebut.
Bukan komersialAnda tidak dibenarkan mengunakan karya tersebut untuk tujuan komersial.

Antara keempat-empat syarat tersebut, Pengiktirafan wajib dipilih dan Perkongsian Serupa tidak boleh digabungkan bersama Bukan komersial. Hasilnya, terdapat enam lesen yang diterbitkan daripada gabungan-gabungan syarat-syarat di atas


lesen: 
pengiktirafan
CC BY
Lesen ini membenarkan setiap orang untuk menggubal, memperbaiki, dan membuat ciptaan terbitan, bahkan untuk kepentingan komersial,

Pengiktirafan-BerbagiSerupa CC BY-SA
Lesen ini membenarkan setiap orang untuk menggubal, memperbaiki, dan membuat ciptaan terbitan bahkan untuk kepentingan komersial, selama mereka menyenaraikan kredit kepada anda dan melesenkan ciptaan terbitan di bawah syarat yang sama.
Pengiktirafan-TanpaTurunan
CC BY-ND
Lesen ini membenarkan penyebaran semula, baik untuk kepentingan komersial maupun bukan komersial, selama bentuk ciptaan tidak diubah dan utuh, dengan pemberian kredit kepada anda.
Pengiktirafan-NonKomersial
CC BY-NC
Lesen ini membenarkan setiap orang untuk menggubal, memperbaiki, dan membuat ciptaan terbitan bukan untuk kepentingan komersial, dan walau mereka harus menyenaraikan kredit kepada anda dan tidak boleh memperoleh keuntungan komersial,
Pengiktirafan-NonKomersial-BerbagiSerupa
CC BY-NC-SA
Lesen ini membenarkan setiap orang untuk menggubal, memperbaiki, dan membuat ciptaan terbitan bukan untuk kepentingan komersial, selama mereka menyenaraikan kredit kepada anda dan melesenkan ciptaan terbitan dengan syarat yang sama dengan ciptaan asli
Pengiktirafan-NonKomersial-TanpaTurunan
CC BY-NC-ND
Lesen ini adalah lesen yang paling ketat dari enam lesen utama, hanya membenarkan orang lain untuk memuat turun ciptaan anda dan berkongsi dengan orang lain selama mereka menyenaraikan kredit kepada anda, tetapi mereka tidak dapat mengubahnya dengan cara apapun atau menggunakannya untuk kepentingan komersial.

Friday 9 January 2015

KEBURUKKAN menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran


.

Keburukan menggunakan ict dalam pengajaran dan pembelajaran

RUJUKAN:

MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN
ROZINAH JAMALUDIN
UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTOS SDN BHD

APLIKASI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN
ISMAIL ZAIN
NEW AGE INTERNATIONAL PUBLISHER


Kesan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ...

suhairi87.wordpress.com/







PENGENALAN :

       Pada zaman negara Malaysia yang pesat membangun ini penggunaan ict semakin meluas kepada semua golongan tidak terhad kepada golongan pekerja dan dewasa sahaja tetapi kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam mengikut rentak arus globalisasi ini. Kanak-kanak kini juga sudah tahu menggunakan komputer. Mereka boleh membuka dan menutup komputer. Mereka juga boleh menerokai perkara-perkara baru. Namun sejauh manakah ict boleh membawa manfaat kepada kanak-kanak khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ict juga boleh membawa keburukan kepada mereka. 




       Bagi ibubapa sekarang, terutamanya yang bekerja di kota metropolitan lebih cenderung bekerja daripada pagi hingga malam.  Kanak- kanak akan menjadi bosan kerana tiada kawan untuk mereka bermain jadi mereka memilih untuk bermain permainan dalam komputer.  Tugas mengasuh diberikan seratus peratus kepada orang gaji menyebabkan  mereka tidak mendapat kawalan daripada ibubapa mereka sendiri.

       Oleh kerana kanak-kanak ada sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka maka mereka akan terusan bermain sehingga dapat mengetahui apakah yang berlaku pada penghujung permainan itu.  Mereka boleh menjadi ketagih dalam permainan komputer



Terdapat beberapa keburukan ICT dalam pendidikan kanak-kanak seperti :

  • Perkembangan mereka tidak akan berkembang kerana hanya duduk bermain komputer.
  • kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka.  
  • kanak-kanak akan malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi pembelajaran.
KEBAIKKAN DAN KEBURUKKAN





Penggunaan ICT kepada kanak-kanak haruslah dengan bimbingan dan guru-guru juga harus kreatif menyampaikan pengajaran mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada ICT.  
Mencari maklumat dan teknik terbaru memanglah digalakkan kepada semua guru-guru di tadika namun jika ia disalahgunakan apa ertinya teknologi maklumat yang canggih sekiranya anak-anak didik kita menjadi mundur ke belakang ddan tidak ddapat berfikir ke arah pembentukan masa depan terutamanya tidak dapat memajukan negara. 








KESIMPULAN :

         Pada pendapat saya penggunaan ICT dalam bilik darjah dalam konteks ini secara spesifiknya merujuk kepada proses dan pengurusan pembelajaran dan pengajaran. ICT diintegrasikan ke dalam kurikulum sekolah iaitu melalui pelbagai subjek terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Integrasi ICT ke dalam kurikulum memberi  peluang kepada guru untuk mengaplikasikan ICT dalam subjek-subjek tertentu seperti penggunaan teknologi maklumat dan “computerisation”.  ICT boleh diintegrasikan pada mana-mana tahap dalam roses p&p. Ia boleh digunakan sebagai set induksi, penutup ataupun semasa sesi peneranagan. Pelajar juga boleh mengakses pelbagai laman web untuk mengumpul maklumat, menggunakan email untuk berkomunikasi dan mewujudkan fail ataupun folder untuk rangkaian sekolah.


Tidak dapat dinafikan bahawa dalam mengintegrasikan ICT dalam pendidikan guru berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya kekangan untuk menghabiskan silibus, kekurangan kemudahan, kemahiran dan bahan sokongan. Bagi mengatasi cabaran-cabaran ini pelbagai usaha akan dilaksanakan. Namun, usaha-usaha yang bakal diambil oleh pihak sekolah haruslah disertai dengan keterbukaan guru dalam menerima pembaharuan dan cabaran baru.




Sunday 28 December 2014

KELEBIHAN penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran



kelEbihan penggunaan ict dalam pengajaran dan pembelajaran

RUJUKAN:

MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN
ROZINAH JAMALUDIN
UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTOS SDN BHD

APLIKASI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN
ISMAIL ZAIN
NEW AGE INTERNATIONAL PUBLISHER


Kesan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ...

suhairi87.wordpress.com/


PENGENALAN :

          Adalah perlu untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderungan Murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin, 2005). 
          Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.
Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap Murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka (Abd. Rahman, 1992). Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, sifatnya adalah lebih terbatas dan lebih khusus kerana ianya bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran murid.

CARA MNGGUNAKAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

          Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari 2 aspek; aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (pelajar gunakan ICT).
Dalam konteks pembelajaran penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategori sebagai:·

i. ICT Sebagai Alat Tutorial·
ii.ICT Sebagai Alat Penerokaan (eksploratori)·
iii. ICT Sebagai Alat Aplikasi · ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.

            
Kelebihan Menggunakan Pendekatan ICT Tutorial ini.

· Penggunaan ICT dapat mengindividukan pembelajaran · Penggunaan ICT membolehkan murid belajar berdasarkan kemampuan mereka sendiri.· Penggunaan ICT meningkatkan motivasi pelajar.· Pelajar boleh belajar tanpa pengawasan atau dengan pengawasan guru yang minimum.


Kelebihan Menggunakan ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan.

Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
Mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
Memberi peluang kepada guru melaksanakan pendekatan moden dalam pendidikan seperti pemulihan, pelbagai kecerdasan dan lain-lain.


Kelebihan ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi 

Membolehkan pembelajaran kolaboratif dilaksanakan.
Meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global.
Boleh melibatkan pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pembelajaran.
ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P dalam kelas.


KESIMPULAN

Adalah menjadi tanggunjawab institusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang. Oleh yang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka dariapda menuntut ilmu.

Saturday 20 December 2014

PERANAN ICT DALAM PENYEBARAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI

PERANAN ICT DALAM PENYEBARAN DAKWAH DALAM ERA 
GLOBALISASI 

Prof. Madya Dr Syed Muhammad Dawilah al-Edrus 
Pengarah Pusat Islam, 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 

Ustaz Mohd. Lutfi Solehan 
Penolong Pendaftar, Fakulti Pengurusan Teknologi, 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 

Pengertian

Darisegi bahasa
Darisegi bahasa " dakwah" adalah ambilan daripada perkataan arab dan merupakan
masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.1
Menurut Ensiklopedia Islam pula merumuskan bahawa dakwah memiliki pangertian yang
sangat popular sebagai ajakan kepada Islam.2 

PENDAKWAH:

Orang (golongan) yang berdakwah. 

DARI SEGI ISTILAH:

Rangkaian perkataan "dakwah islamiyyah" sebagai satu istilah khusus yang penting
dalam penyebaran, pengembangan dan pemahaman Islam sebagai al-din yang diamalkan
dan diterima pakai. 

KEPENTINGAN DAN HUKUM BERDAKWAH:

Secara ringkasnya hukum berdakwah terbahagi lepada dua, iaitu fardu Ain dan fardu
Kifayah. Walau bagaimanapun pendapat kebanyakan ulamak menyatakan hukum
berdakwah adalah wajib hukumnya bagi setiap individu. Dalam ertikata lain, ianya
merupakan sesuatu yang tidak dapat ditinggal dan dikecualikan. Al-Quran dan Al-hadis,
ada mengungkapkan tentang kewajipan tersebut.

PERKARA YANG PERLU ADA DALAM BERDAKWAH (Rukun Dakwah): 

1. Maudhu' al - Da'wah / Topik utama dakwah. 
2. Al - Qaim bi al - Da'wah (Al - Da'ie) / Para Pendakwah 
3. Al-Orang yang menerima dakwah/Penerima dakwah.
4. Uslub Al-Da'wah/ Pendekatan dalam berdakwah. 

DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) 

ICT atau dikenali dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merangkumi aspek
teknologi maklumat dan komunikasi. Taknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi
yang digunakan oleh individu mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat
berguna dan bermakna serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,
grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan
tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan
kemampuan.Teknologi Maklumat (information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (information and Communication Technology) atau ICT merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas
meluputi segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat

POSITIF 

Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat
diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara pendakwah dan
sasarannya sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik-bilik
seminar bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. 

NEGATIF

ICT mempunyai pengaruh dan banyak bahan asing dari luar negara yang dimuatkan
dalam media tempatan. Daripada pengaruh ini terdapat unsur-unsur negatif yang menular
masuk dalam budaya tempatan. Perkara ini akan menjadikan sesuatu dakwah yang
hendak disampaikan tidak tepat dan mungkin akan dieksploitasi oleh fahaman-fahaman
yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar. 

Pencerobohan dan penggodam laman web (Internet hacker), jenayah kerana melepaskan
komputer virus di Internet, penipuan kredit kad secara online, penyebaran maklumat dan 

RUMUSAN

Seseorang Pendakwah haruslah kreatif dalam pengganakan mekanisme dakwah.
Kemudahan ICT sepatutnya digunakan secara maksima dalam rangka dakwah yang
sesuai dengan ajaran Islam.
Mereka juga mestilah mempunyai kepakaran dan ilmu yang cukup dalam
mengeksploitasi ICT. 


Friday 19 December 2014

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web 

oleh  :Rahimi Bin Md. Saad
          Zawawi Bin Ismail
          Universiti Malaya
          Wan Nordin Bin Wan Abdullah
          Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Pendahualan:

Penguasaan bahasa Arab merupakan asas pemahaman dan penghayatan al-Quran. Ini amat
penting kerana penghayatan al-Quran salah satu cara untuk memartabatkan diri seseorang dan
umahnya. Selain itu, penguasaan bahasa Arab juga dapat meningkatkan pencapaian dalam
pendidikan agama Islam khususnya dalam bahagian tilawah al-Quran. Oleh itu adalah
menjadi tanggungjawab institusi pendidikan untuk memberi didikan kepada pelajar-pelajar
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sejajar dengan matlamat
Falsafah Pendidikan Negara.

Teori Pembelajaran Melalui Laman Web :

Pembelajaran melalui laman web ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali sebagai
E-Pembelajaran. Ia merupakan kombinasi di antara elemen pendidikan dan teknologi
elektronik. Kaedah ini membolehkan individu mengikuti sesi pembelajaran secara lebih
terbuka dan bebas berdasarkan keinginan dan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti jadual

atau menghadiri kelas yang ditetapkan.

Antara teori yang mendasari pembelajaran melalui laman web ialah teori Dick dan Carey
(Rapidah 2002). Mengikut teori ini proses pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek
terus kepada objektif, diikuti oleh struktur pelajaran, penaksiran dan kemudian maklum balas
penilaian. Kesemua perancangan pengajaran ini membolehkan proses pengajaran menjadi
lebih efektif dan sesuai dengan objek pendidikan terkini. Teori ini berasaskan pendekatan 3
sistematik yang melibatkan pembinaan strategi pengajaran serta membina dan memilih bahan

pengajaran yang bersesuaian.

Kajian menunjukkan bahawa sesi tutorial secara online mampu memperkayakan teknik
pengajaran. Para pelajar yang pendiam didapati telah memanfaatkan sepenuhnya peluang ini
untuk memberi jawapan dan mengutarakan pendapat mereka dengan lebih selesa. Di dalam
kelas biasa, pelajar-pelajar tersebut khuatir hujah mereka tidak boleh diterima atau jawapan
yang diberikan salah. Di belakang komputer, segala ketakutan akan hilang dengan sendirinya.
Kelas online boleh dianggap sebagai penyelamat bagi sesetengah pelajar. Ia seperti aktiviti 5
sembang (chatting) di mana kita bersifat lebih relaks dan terbuka untuk meluahkan perasaan
kerana pihak lain tidak mengetahui siapa kita sebenarnya. (Feiziah, 2004)

Melalui pembelajaran cara moden ini pelajar tidak lagi bergantung kepada guru sepenuhnya
untuk memantapkan diri mereka menguasai bahasa ini. Pelajar-pelajar juga boleh
menterjemah perkataan yang tidak difahami melalui mesin penterjemah secara langsung yang
disediakan dalam laman web berkaitan. Laman web ajeeb.com umpamanya, menyediakan
perkhidmatan menterjemah teks, walaupun penterjemahan itu terbatas untuk bahasa Inggeris
dan bahasa Arab sahaja.

Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih 
baik :

Pembelajaran bahasa Arab yang dianggap susah oleh kebanyakan pelajar Malaysia
merupakan cabaran yang perlu ditangani dengan sewajarnya oleh sarjana bidang ini. Ada di
kalangan masyarakat Islam Malaysia mengatakan bahasa Arab adalah susah walaupun belum
pernah mempelajarinya. Kesukarannya memang diakui kerana komplikasi sistem
tatabahasanya (qawa’id) yang dipenuhi dengan kesukaran dan kekeliruan untuk memahami,

mengingati dan menggunakannya dalam pembentukan ayat. (Norhayati, 1998)

Penggunaan laman web dalam pengajaran bahasa Arab memungkinkan penyampaian konsep
yang abstrak secara lebih baik. Sekaligus dapat menyelesaikan permasalahan dalam
penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar yang sememangnya rata-rata kurang motivasi
dalam pembelajaran bahasa ini. Prof. Madya Dr. Kamariah Abu Bakar (et. al) dalam kajian
yang dijalankan ke atas 18 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan 168 buah
Sekolah Menengah Kebangsaan, yang antara lain kajiannya mendapati permasalahan
berkaitan bahasa Arab di sekolah-sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian.
Antaranya ialah permasalahan berkaitan pelajar yang kurang bermotivasi, kurang minat
belajar dan kurang berkomunikasi dalam bahasa Arab (Norhayati, 1998). Masalah ini timbul
antaranya disebabkan unsur-unsur abstrak yang terdapat dalam bahasa Arab yang susah
difahami oleh pelajar Melayu kerana unsur itu tidak terdapat dalam bahasa mereka

Laman Web Untuk Pengajaran :

Ada di antara laman-laman web ini yang menyediakan perkhidmatan pengajaran bahasa Arab
secara percuma di samping laman web yang mengenakan bayaran tertentu.. Laman web bagi

perisian pengajaran bahasa Arab secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada berikut:

i. Pembelajaran bahasa Arab melalui pengantar bahasa Arab
 
    a. schoolarabia.net
    b. kids.al-islam.com
    c. afl.ajeeb.com
    d. mabarrat.org
    e. weaam1.netfirms

ii. Pembelajaran bahasa Arab melalui pengantar bahasa Inggeris

    a. Arabic2000.com
    b. languageguide.net
    c. ukindia.com
    d. funwitharabic.com
    e. ccat.sas.upen.edu

iii. Pembelajaran bahasa Arab melalui pengantar bahasa Melayu.

    a. aldakwah.org
    b. arabacademy.com

 Masalah Dan Cabaran :

Setiap ahli akademik wajib mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan sekaligus
memperluaskan pengalaman supaya mampu memberikan lebih dari yang sepatutnya kepada
pelajar-pelajar mereka. Pelajar hari ini juga tidak mudah berpuas hati hanya dengan apa yang
mereka dapati di dalam kelas. Perasaan ingin tahu mereka tinggi. Mereka mengharapkan
jawapan kepada setiap persoalan dan kemusykilan mereka ada pada pensyarah yang
berkenaan. Oleh itu, para guru yang terlibat dalam pengajaran bahasa Arab khususnya perlu
berusaha mengmbangkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut agar ia
menjadi bahasa yang seronok dipelajari.

Kesimpulan :

Secara umumnya, implementasi konsep E-Pembelajaran di Malaysia masih berada pada tahap
awal. Menjayakannya adalah suatu cabaran, dan kita semua perlu memainkan peranan
penting dalam menentukan kejayaan konsep ini pada masa hadapan. Dalam konteks bahasa
Arab, konsep ini masih begitu baru dan mempunyai banyak kekurangan yang perlu
diperbaiki. Kerana itu persediaan perlu dilakukan bukan sahaja di kalangan pelbagai lapisan 13
masyarakat di negara ini tetapi yang lebih penting perlu melahirkan pakar di bidang itu bagi
memenuhi keperluan berkenaan.